Cik Mimiey Blogger...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

27 August 2012

Sayang Bluestacks !!

Hye3, assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah,hidup lagi cik mimiey harini..

Apa ? sayang bluestacks? siapa tu? biar betul?

jeng,jeng,jeng !!!

hehehe,sebenarnya bluestacks merupakan satu aplikasi ataupun software yang di download di pc...
 rasanya skrang ni smua orang tau mengenai Android kan...dan yang mana biasa main dengan android ni mistilah tau sedikit sebanyak mengenai Bluestacks...



Aplikasi Bluestacks App Player,yang membolehkan kita memainkan dan menggunakan aplikasi Android pada platform Windows 8,7,vista dan windows xp.

Bluestacks bagi cik mimiey ia merupakan satu android yang membolehkan kita semua download kepada pc..so tak payah la beli fon mahal2 untuk main aplikasi android,di pc kita pun blh download secara free jee..

Jika menggunakan fon kalau tak aktif broadband,tak top4 misti tak blh nak download game dalam android..so dengan adanya aplikasi Bluestacks cik mimiey dah tak top4 untuk aktifkan internet di tablet cik mimiey dah..just download melalui pc je,tp janji broadband berbayar la...hehe


Aplikasi Bluestack ni sebenarnya bukan sahaja untuk muat turun game malahan bermacam2 lagi aplikasi yang boleh di muat turun...kalau nak tau aplikasi apa lagi yang ada try la download  Bluestacks kt pc masing2..antara contoh tengok printscreen kat bawah..

ada game,social n messaging (facebook,twitter,viber,whatsapp dll) n byk lagi la..

boleh shopping online,download wallpaper n sport....macam-2 lagi la..

pemilihan game-2 yang banyak n tak tau nak pilih yang mana satu


sebelum cik mimiey lupa nak bagitau,BlueStacks menyokong hardware graphics acceleration di mana permainan android dalam bentuk 2D dan 3D boleh dimainkan dengan 90-100 % kelajuan asal menggunakan kad grafik yang ada pada komputer anda. Ini adalah sesuatu yang sangat mengagumkan kerana teknologi ini membolehkan aplikasi yang dibuat untuk processor ARM boleh dijalankan pada processor x86 tanpa perlu mengubah sebarang kod asal.

yang cik mimiey sayang lagi dengan Bluestacks ni sebenarnya dia dapat membolehkan game yang dibuat hanya untuk touch screen apabila di download melalui bluestacks automatik bertukar kepada non touch screen..tapi semua game melalui android adalah touch screen game... contoh game yang daripada touch screen bertukar kepada non-touch ialah "tample run game" ni

dekat tablet pun boleh main dekat pc pun boleh main.. syokk !!

kalau nak download tekan ni ------> Bluestack download

AKHIR KATA CIK MIMIEY SAYANG BLUESTACKS !!

23 August 2012

Tentang Aku : Sekeping Gambar Mampu Membuatkan Air Mata Menitis

Selamat Hari Raya Kepada Semua Rakan Blogger !!

Wargghh,tahun ni raya sakan cik mimiey tau,raya pertama dah pegi braya rumah orang dengan geng2 t'shoppe,braya rumah bos la..hehe..raya ke 2,3,4,5 raya dengan kawan2 plak,tapi ada jugak yang cik mimiey tak ikut,diorang je yang datang beraya kat rumah,kira beraya dengan kawan la jugak tu...

dah3,bukan tu yang nk diceritakan.. meleret la pulak yee..ekehkehkeh...

Hanya dengan sekeping gambar? ada apa dengan gambar tu? urrmm,bab kate yuna pe tu?? "setiap gambar ada lagu" ececeh,ni bukan setiap gambar ada lagu,tapi ni sekeping gambar menangis tak berlagu..huhu

Hari ni dalam sejarah setelah sebulan lebih cik mimiey berjaya menahan air mata,tanpa mengimbas balik kenangan dengan dia dan akhirnya hanya dengan sekeping gambar terbaru membuatkan air mata ni tak dapat nak di bendung lagi...

Rasa rindu ni lebih teruk dari malam raya baru ni.. ya Allah kenapa semua ni terjadi pada aku..sedar bahawa Allah xkan menguji hambanya di luar kemampuan kita kan...

tapi kenapa dengan sekeping gambar?? rasa menyesal dengan online fb petang ni kan..apakan daya dugaan pada malam raya baru ni semua betul blaka,dia bahagia sekarang..

air mata ni bukan mengalir kerana sedih melihat dia bahagia dengan orang yang tersayang....dia mengalir kerana gembira melihat orang yang slama ni kita sayang,kita sanjung bahagia di samping orang yang tersayang..dan juga bercampur sedikit kerinduan...

Semoga Allah terus melindungi dia sekeluarga...Allahdulillah,dia masih sihat..diri ni hanya mampu berdoa untuk hidup dan tak mampu untuk berhadapan dengan dia,semuanya hanya dengan kesalahan diri sendiri..

sedar bahawa diri ni dah banyak buat silap,semua ni xkan berlaku kalau diri ni tak buat kesilapan....bersyukur kerana hidup dan kebahagiaan dia tak musnah disebabkan aku..

Sekali lagi,aku hanya mohon maaf di atas semua kesilapan ni..aku suka bila tengok orang yang aku sayang bahagia..

dan aku sekarang dah bahagia dengan "pa" aku..tapi dalam hati ni masih tak ada siapa lagi yang boleh duduk di tempat vvip..hanya dia je yang duduk n sekarang dia dah jatuh ke vip je mybe akan jatuh ke tempat duduk biasa dalam masa 3 bulan dari sekarang...

AKU MASIH MENCUBA SEDAYA UPAYA AKU...DAN AKU AKAN TERUS MENCUBA TANPA PUTUS ASA...

AKU CUBA SEDAYA UPAYA AKU DENGAN 3 BULAN DARI SEKARANG, 2 BULAN PERTAMA DAH BERJAYA JATUHKAN DIA DARI VVIP KE VIP.  =D

19 August 2012

Tentang Aku : Kenapa Misti Dia

Salam Blogger,lama cik mimiey tak update entry blog ni kan..

kenapa misti dia? kenapa erkk??

uurrmm,cik mimiey tak tau kenapa misti dia yang cik mimiey rindu malam-2 raya ni..

selain arwah abah,kenapa misti dia..dia mungkin dah lama lupakan cik mimiey..

sedeyh bila tringatkan sifat-2 baik dia kat cik mimiey,uuhhrrmm..c-riusly,cik mimiey ngaku malam ni,memang susah nak lupakan dia..

ish,dia bukan hak cik mimiey la,kenapa msti ingat dia..lagi pun kalau dia betul-2 sayang cik mimiey tak mungkin akan lost cntact macam sekarang..

ahh,biarkan la dia,mungkin dia sekarang dah bahagia dengan hidup dia,kalau nampak cik mimiey agaknya...hheerr,cikit pun tak hiraukan cik mimiey kot..

tak apala,kerinduan yang ada dalam diri cik mimiey ni biarla hanya cik mimiey je yang tau bertapa peritnya nak lalui semua ni..

mungkin dia happy,tapi bagi cik mimiey biar la cik mimiey sakit nak lalui semua ni asalkan dia bahagia..

pemikiran ni rasa-2 masih waras,kalau ikutkan hati memang dah lama nak dia pilih cik mimiey n tanggung keperitan cik mimiey..tapi cik mimiey boleh fikir lagi mana kedudukan a**k-2 dia kalau cik mimiey rampas dia..

cik mimiey sedar semua ni salah cik mimiey..tak nak salahkan dia walaupun sikit sekarang ni,sebab tak guna,tak guna kalau cik mimiey salahkan orang lain..lebih baik salah kan diri sendiri..

3 tahun cik mimiey buang masa dengan benda-2 yang tak berfaedah,tapi cik mimiey tak salahkan dia...semua tu salah cik mimiey..kalau tak sebabkan cik mimiey semua ni takan jadikan..

maafkan mie,mie tau semua ni salah mie...mie tak sanggup nak hantar msj untuk pohon maaf..sbb mie tau,mungkin maaf mie tidak di trima..mie cuma mendoakan yang terbaik untuk ****..mie tau **** bahagia sangat tanpa mie sekarang,mie harap **** menjadi insan yang paling mulia di sisi orang yang tersayang...walaupun dulu **** pernah cakap yang **** sentiasa ada belakang mie,sentiasa sokong mie dari belakang walau apa jua keadaan..mie redha dengan semua ni...walaupun sekarang mie bejalan kehadapan tanpa sokongan **** dari belakang,mie tak perlu takut,walaupun mie jatuh sekalipun mie tau mie takan ada orang yang sambut mie dari belakang,mie akan jatuh bila-2 masa je..itu semua sebab salah mie,mie tak salah kan **** sebab tak ada kat belakang mie,tapi mie akan tetap terus salahkan diri mie sebab diri mie yang membuatkan **** lari daripada terus berada belakang mie..walaupun air mata selalu mngalir,hati kecil selalu terhiris,otak selalu berfikir tentang **** tapi mie sedar mana kedudukan mie...

Maafkan diri ini dari hujung rambut sampai ke hujung kaki...halalkan semua yang telah kau ajari..aku disini hanya mampu berdoa dan hanya mampu berharap.... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari hati kecil pada malam raya yang penuh kesedihan...

12 August 2012

Cara Berlajar Karangan STPM Sistem Modular

Salam..

Daripada apa yang ditulis diatas,Cik Mimiey nak berkongsi ilmu la sikit berkenaan karangan yang perlu dibina bagi student-2 form6 sistem baru ni..

apa?? karangan 600-650??? woowww !! sakitla tangan... hehehe.. tapi korang jangan risau la,klau dah mahir celah gigi je..nah cik mimiey bagi tunjuk ajar sikit...

Cara ni bagi cik mimiey senang untuk di fahami dan ianya juga berkesan...tak tau la kalau bagi korang susah nak berkesan...hehe

okay kalau nak tau korang boleh cuba download apa yang Cik mimiey kongsikan kat bawah ni..



Modul Pembinaan Karangan

Okay bagi yang tulisan biru tu sebenarnya daripada apa yang cik mimiey jawab..yang asal nya tok guru cik mimiey hanya bagi kotak-2 tu je dan yang tulisan hitam tu memang dari dia la...

nak terang satu persatu ni, bagi pendahuluan rasanya semua dah setle.

tapi bagi yang isi tu takut korang keliru sikit..yang ayat sebelah perkataan isi tu hanya tulis isi dan pandangan daripada korang,tak masuk dalam perenggan lagi tau...yang bawah dia tu baru masuk dalam perenggan,senang je korang hanya panjangkan sikit je isi korang tu untuk permulaan perenggan.bagi ulasan isi pulak korang hanya huraikan kenapa dengan isi tu je..okay,bagi kesimpulan isi,lagi senang korang cuma salin balik apa isi korang kat atas tadi,tak payah pening-2 nak reka ayat panjang-2 tiru balik je..tapi kalua nak bg nampak okay lagi pusing-2 la sikit ye.

penutup pulak korang ikut je apa yang tulisan hitam tu nak,itu akan membantu korang dalam membuat penutup..

okay selamat mencuba... bye-3 !!

10 August 2012

Cantikkan lagi Blog !

Salam..

Pagi yang indah ni Cik Mimiey nk ucapkan ribuan terima kasih kat Kak Lyssa kita sebab dah banyak membantu Cik Mimiey tingkatkan kecomelan blog Cik Mimiey yang tak seberapa ni..

Hahh,melalui blog kak lyssa cik mimiey dapat blaja 3 pekara pagi ni 

  1. centerkan header cik mimiey yang senget ke kiri
  2. tukarkan scroll bar kepada scroll bar yang comel dan berwarna
  3. cik mimiey dh bdpt pasang cctv dekat blog cik mimiey,so pada sape-2 yang gatal2 tangan nk menggodam blog cik mimiey ni jaga-2 tau !! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN !! 

haha,korang pun boleh terjah blog kak lyssa tau

btw, THANKS KAK LYSSA !



7 August 2012

Pernah makan tak ?? (Tart Biskut Oreo)


Salam Ramadhan kawan-2..

Hah! ,gambar apa kat atas tu buttercup? biskut oreo? apa kena mengena erk? heheehe.. korang pernah makan tak tart biskut oreo? cik mimiey jumpa resepi ni dalam satu blog tau,thanks la kat blogger tu sebab dah suggest kan kuih baru untuk dicuba

nak tau macam mana cara nak buat? lets go !

Mula-2 korang sediakan bahan-2 nak buat tart :
sediakan 150g biskut oreo,korang jangan buang krim dia tau (kisar halus),
dan 50g mentega-pastikan cairkan dulu

lepastu bahan-2 untuk buat kastard pulak :
150ml susu sejat,
1 sudu besar gula pasir,
1 sudu besar tepung kastard,
1 biji telur (yang kuning je tau),
1/2 sudu teh serbuk nescafe,
1 sudu teh esen vanilla,
4 keping biskut oreo dengan krim (hancurkan),
1 sudu besar mentega,

okay ! cara-2 nya

  • Gaul bahan tart hingga rata.Ramas2kan hingga boleh dikepal.Mampatkan dalam acuan tart.Kemudian simpan 3 jam dalam peti sejuk.
  • Untuk membuat kastard,satukan semua bahan,kecuali biskut oreo & mentega dalam mesin pengisar,kisar halus.
  • Tuangkan ke dalam periuk kecil.Panaskan dengan api perlahan & kacau terus guna whisk hingga agak pekat.Tutup api.Masukkan mentega,kacau rata hingga mengkilat.
  • Masukkan biskut oreo yg telah hancur tadi.Gaul rata.
  • Keluarkan kulit tart biskut oreo dari acuan dengan hati2.Alihkan ke dalam kertas cawan.Isikan dengan adunan kastard tadi.Jika suka,hias dengan buah atau ikut selera masing2.
  • Sejukkan lagi dalam peti sejuk selama 2 jam baru hidang.
  • Pesan:bila hendak mengeluarkan tart biskut dr acuan,cungkil perlahan-lahan dengan mata pisau yg nipis,sebab ini adalah tart biskut,mudah hancur.

done !! hehe,nak tengok hasilnya


hehe,jom cuba..dah cuba jangan lupa bagi cik mimiey cikit tau..

6 August 2012

Tak Kreatif La . .

Salam blogger...

Baru balik terawih yee..adoi,perut cik mimiey ni pun terasa kenyang lagi la..walaupun tadi bebuka hanya dua orang je dengan abang cik mimiey,adik bradik lain dgn mak cik mimiey tak ada kat rumah hari ni...so kena la bekorban bebuka mengadap abang cik mimiey yang senget tu,nama dia khairul hazwan...hehe



hah,nampak tak gambar dekat atas and tajuk entry kat atas..hehe...malam ni semalaman cik mimiey mengadap benda alah tu..untuk pengetahuan semua cik mimiey ni memang tak kreatif,yang kat atas tu buat pun sebab terpaksa...kalau ikutkan hati cik mimiey hish tak kuasa nak buat semua tu..cik mimiey memang tak suka buat kerja yang kena teliti satu persatu,crewet..tak suka la..


esok apa la kawan-2 cik mimiey kan...keh3...tunggu dan lihat je la,hasil kerja dengan terpaksa n kekenyangan perut...hehehe..ok la cik mimiey dah nak beradu...bye2 semua..esok cik mimiey buat entry pasal cara-2 nak buat kueh ye...hehehe

Rakan Facebook Pun Boleh Comment

Salam Ramadhan..

Wahh,tengok tak tajuk kat atas...ermm sekarang blog cik mimiey dah boleh comment melalui facebook korang je..senanglah,tak payah masuk kan email korang untuk comment blog cik mimiey..

Cik mimiey dapat tutorial ni pun dari rakan blogger kita 'Kaki Blog' ..kalau korang nak blajar,and nak letak dekat blog korang pun boleh... tekan jew dekat tulisan pink yang betulis 'kaki blog' tu.. kalau korang nak tengok tutorial lain pun banyak jugak dekat situ...

okay,sekarang korang nak comment melalui facebook korang boleh...tapi kena tekan tajuk entry ni dulu..sebab comment ni tak akan menjadi kalau korang baca terus melalui home sahaja.. okay ! :)


2 August 2012

_Kembali ke Sekolah_

Assalamualaikum...

Hari ni,merupakan hari petama cik mimiey pegi sekolah setelah 3 hari tak pegi... Kenapa? hehe.. demam la agaknya..urrmm,malam tadi sebelum tidur hujan lebat sangat sampaikan pagi tadi cik mimiey nk pegi sekolah ada tersekat dengan pokok pisang yang terlentang tengah jalan..cian pokok tu kan...

sambil tunggu ada makcik tu sorang tolong angkat pokok tu,dia pun tegur la... "hye,lama tak nampak lalu pagi2,biasa ada aje pagi2 g sekolah naik moto" haha,nampak sangat makcik ni usya cik mimiey tiap2 pagi..nak tempah buat menantu la tu..kih3

ermm,tujuan petama pegi sekolah hari ini adalah untuk buat presentation cik mimiey yang dah smggu tertangguh tak presen2 lagi..kalau tak memang minggu depan la baru jejak kaki kat sekolah..

Tajuk presentation cik mimiey hari ni "MIGRASI ANTARABANGSA" ermm dalam migrasi antarabangsa ni sebenarnya banyak jugak yang dapat kita belajar, antaranya maksud migrasi antarabangsa,faktor2 yang mempengaruhi,faktor2 dan kesan2 semasa,dan jugak kesan positif dan negatif migrasi antarabangsa terutamanya di negara kita yang tercinta ni MALAYSIA

cik mimiey malas nak cerita banyak2 pasal migrasi ni,sebab belum fasir....hehe.nak tahu dengan lebih lanjut lagi bagi kawan2 blogger yang seangkatan dengan cik mimiey yang masuk Pra U,boleh la terlajah sedikit sebanyak slideshow dekat bawah.. :)



1 August 2012

Permulaan Yang Baru

Mulai hari ni cik mimiey nak mulakan hidup baru dengan blog yang diubah baru !! aik lain macam je bunyinye..huhu..cik mimiey pn sebenarnya bukannya pandai sangat bab2 blog ni....disebabkan kawan cik mimiey sebut pasal blog bru la teringat yang blog ni dah lama terbengkalai...

Hari ni tugas cik mimiey dengan blog ni cuma ubah warna background sikit2 ala okay latu daripada takde...hehe..

Kalau nak tau ni la my famly masa f5...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...